Thursday, 29 January 2015

Takwim Kejohanan MSSM Bakal Dirombak

Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2015 akan dirombak selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan beberapa langkah proaktif bagi menstabilkan kedudukan ekonomi negara pada 20 Januari yang lalu.

Sehubungan itu, Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) juga bakal mengalami perubahan selari dengan perubahan tarikh-tarikh kejohanan MSSM.

Harap maklum.

Monday, 19 January 2015

Taklimat Pelaksanaan Dasar 1M1S Daerah Baling Sik

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Baling Sik.

TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN DAERAH BALING SIK

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh: 21 Januari 2015 (Rabu)
          Masa: 10.00 pagi
          Tempat: SMK Agama Sik, Sik

Sekian, harap maklum.


Saturday, 17 January 2015

Menjunjung Kasih dan Merafak Sembah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah yang ke-87

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

'Menjunjung Kasih dan Merafak Sembah'
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
yang ke-87

Daulat Tuanku
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI
ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
DK.,DKH.,DKM.,DMN.,DUK.,DMK.,DK(Kelantan), DK. (Pahang), DK. (Selangor), DK. (Perlis), DK. (Negeri Sembilan), DK. (Johor), DK. (Terengganu),
DK. (Perak), DK. (Brunei), DP. (Sarawak), DUNM., SMDK., SHMS., SGMK., SPMK., SSDK.,
Grand Cordon of The Order of The Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross of The Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM)

Pada
 18 Januari 2015 (27 Rabiul Awal 1436H)

Daripada
Unit Sukan
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Takwim Kejohanan MSSK dan MSSM 2015

Thursday, 15 January 2015

Tahniah Buat Pasukan Sukarelawan 'Operasi Pembersihan Sekolah Terlibat Banjir di Kelantan' dari SPPK JPN Kedah

Sekalung tahniah diucapkan kepada para sukarelawan 'Operasi Pembersihan Sekolah Terlibat Banjir di Kelantan' dari Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) JPN Kedah yang telah menerima penghargaan dari Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, YBhg. Datin Hajah Azuyah Hassan serta seluruh warga pendidikan negeri Kedah sempena Perhimpunan Bulanan Januari 2015 jabatan pagi tadi.

Senarai sukarelawan dari SPPK yang dicetak di dalam buku program
Perhimpunan Bulanan Januari 2015

Wednesday, 14 January 2015

Pengisian Data dalam SRKS 1Murid 1Sukan Secara Atas Talian (Online)

● Sukacita dimaklumkan bahawa 'Sistem Rekod Kehadiran Sukan (SRKS)' 1Murid 1Sukan, Unit Sukan JPN Kedah boleh diakses sejak bulan Januari 2014 yang lalu.

 Mengikut data dari Januari hingga Disember 2014, hasil daripada dapatan melalui rekod yang diterima, masih banyak sekolah yang belum mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.

 Sehubungan itu, pohon kerjasama Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan mengisi dan mengemaskini data-data SKRS sekolah masing-masing sebelum 5 haribulan setiap bulan bermula dari bulan Februari 2015.

 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan program di atas, sila hubungi Pn. Shabinar Abd Halim, Penyelia Sukan, Unit Sukan JPN Kedah di talian 016-215 2850 / 04-774 5165.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Alamat Sesawang SRKS: http://srks2014.sn2u.net/

http://srks2014.sn2u.net/

Taklimat Pelaksanaan Dasar 1M1S Daerah Kota Setar



Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kota Setar.

TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN DAERAH KOTA SETAR

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh: 14 Januari 2015 (Rabu)
          Masa: 2.30 petang
          Tempat: Bilik Permata Minda, PPD Kota Setar

Sekian, harap maklum.

Tuesday, 13 January 2015

Mesyuarat Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan (PTPS) dan Penyelarasan Kejohanan Badminton MSSK 2015


Mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Unit Sukan JPN Kedah, PTPS badminton negeri, En. Yusrizal Othman dan semua PTPS badminton daerah ini diadakan untuk membincangkan hal-hal teknikal berkaitan kejohanan di peringkat daerah serta MSSK yang bakal dilangsungkan pada awal Februari depan

Tarikh: 12 Januari 2015 (Isnin)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan Unit Sukan JPN Kedah, SK Taman Aman, Alor Setar


'Happy Birthday' Ustaz Lie

En. Rosli bin Abdul Halim, Pegawai Teknikal SPTS
Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Pegawai Teknikal Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) , En. Rosli bin Abdul Halim yang jatuh pada hari ini, Isnin, 12 Januari 2015.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sunday, 11 January 2015

Surat Siaran KPM Bil. 16 / 2014: Kelonggaran untuk Mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Lebih Awal

Semua PPD dan sekolah JPN Kedah diminta untuk merujuk kepada 'Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 16 Tahun 2014' bertarikh 18 Disember 2014 yang dilampirkan bersama surat ini.

Sekian, harap maklum.


Sunday, 4 January 2015

'Operasi Pembersihan Sekolah Terlibat Banjir di Kelantan'

Seramai 100 orang pegawai dari JPN Kedah akan dihantar bagi menyertai misi bantuan sukarelawan 'Operasi Pembersihan Sekolah Terlibat Banjir di Kelantan' minggu hadapan.

Misi yang ditunjangi oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum JPN Kedah ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan khidmat serta bantuan sukarela bagi membersihkan kawasan sekolah yang telah terjejas teruk akibat banjir luar biasa yang melanda Kelantan baru-baru ini dengan harapan ianya sedikit-sebanyak dapat memberi sedikit keselesaan kepada pelajar-pelajar untuk memulakan sesi pembelajaran apabila bermulanya sesi persekolahan baharu pada 11 Januari depan.

Sumber foto: Berita Harian Online

Saturday, 3 January 2015

Tahniah Cikgu Azahari dan Cikgu Huslina


Pihak Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan sekalung tahniah buat dua orang Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Majlis Sukan Sekolah Kedah di atas pelantikan ke jawatan Guru Besar bagi sesi persekolahan 2015. Mereka ialah:


EN. AZAHARI BIN ABDULLAH
  • PTPS Bola Sepak MSSK
  • Dilantik sebagai Guru Besar, SK Haji Hussain, Sik (PPD Baling/Sik)
  • Jawatan terdahulu: Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kampong Betong, Jeneri

 PN. HUSLINA BINTI MOHD HUSSAIN
  • PTPS Bola Jaring MSSK
  • Dilantik sebagai Guru Besar, SK Padang Durian, Pendang (PPD Pendang).
  • Jawatan terdahulu: Guru Penolong Kanan HEM, SK Taman Uda, Alor Setar dan kemudiannya dipinjamkan ke SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra sebagai jurulatih sepenuh masa.

Friday, 2 January 2015

Tahun Baharu 2015 SPPK Disambut Dengan Program Gotong-royong

Tarikh 1 Januari 2015 disambut oleh pegawai-pegawai dan staf Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) JPN Kedah dengan mengadakan program gotong-royong membersihkan keseluruhan ruang pejabat.




Selamat Tahun Baharu 2015

'Selamat Menyambut Tahun Baharu 2015'. Semoga tahun 2015 akan membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan buat kontinjen Majlis Sukan Sekolah Kedah.