Monday, 20 April 2015

Kejohanan MSSK Penggal Kedua 2015

Berikut dimaklumkan tarikh-tarikh Kejohanan MSSK tahun 2015 penggal kedua yang melibatkan 12 jenis sukan:

1) Bola Tampar (23 - 24 April 2015)
  • SMK Badlishah, Kulim
  • SMK Kulim, Kulim
  • Dewan Chinese Recreation Club (CRC), Kulim

2) Bola Sepak (23 - 25 April 2015)
  • SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar
  • SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar
  • SMK Hutan Kampong, Alor Setar
  • SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar
  • SK Taman Uda, Alor Setar
  • SK Haji Mohd Shariff, Alor Setar

3) Kriket (23 - 25 April 2015)
  • SMK Ibrahim, Sungai Petani
  • SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani
  • SK Ibrahim, Sungai Petani

4) Catur (23 - 25 April 2015)
  • Kolej Vokasional Langkawi, Langkawi

5) Hoki B18 (23 - 25 April 2015)
  • SMK Dato' Lela Pahlawan, Padang Serai

6) Golf (28 - 30 April 2015)
  • Cinta Sayang Golf and Country Club, Sungai Petani

7) Bola Jaring (7 - 9 Mei 2015)
  • SJK (C) Yeok Chee, Baling
  • Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling

8) Tenis (7 - 9 Mei 2015)
  • Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Sintok

9) Gimnastik Artistik (7 - 9 Mei 2015)
  • SMK Pulau Nyior, Jitra

10) Perahu Layar (7 - 9 Mei 2015)
  • Pusat Sukan Perahu Layar, Langkawi

11) Sofbol (B18: 7 - 9 Mei & B12: 21 - 23 Mei 2015)
  • SM Teknik Alor Setar, Alor Setar

12) Memanah (7 - 10 Mei 2015)
  • SMK Ibrahim, Sungai Petani
  • SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani
  • SK Ibrahim, Sungai Petani


    *Klik untuk paparan yang lebih besar


    Saturday, 18 April 2015

    'Happy Birthday' En. Anas

    Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Penolong Pengarah Sukan, En. Anas bin Hj. Ishak yang jatuh pada hari ini, Sabtu, 18 April 2015.

    Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

    En. Anas bin Hj. Ishak, Penolong Pengarah Sukan

    Friday, 17 April 2015

    Kejohanan MSSM Penggal Kedua 2015

    Kejohanan MSSM tahun 2015 penggal kedua yang akan dikelolakan oleh enam Majlis Sukan Sekolah Negeri dan melibatkan 14 sukan:


    1) MSS Melaka
    • Balapan & Padang (10 hingga 14 Mei 2015)

    2) MSS Kedah
    • Bola Jaring (7 hingga 10 Jun 2015)
    • Bola Sepak (7 hingga 12 Jun 2015)
    • Kriket (7 hingga 12 Jun 2015)

    3) MSS Pulau Pinang
    • Golf (7 hingga 10 Jun 2015)
    • Catur (7 hingga 11 Jun 2015)
    • Bola Baling (7 hingga 12 Jun 2015)

    4) MSS Perak
    • Tenis (7 hingga 11 Jun 2015)
    • Memanah (7 hingga 11 Jun 2015)

    5) MSS Negeri Sembilan
    • Sofbol (7 hingga 11 Jun 2015)
    • Bola Tampar (7 hingga 11 Jun 2015)
    • Perahu Layar (7 hingga 12 Jun 2015)

    5) MSS Pahang
    • Gimnastik Artistik (7 hingga 11 Jun 2015)
    • Hoki (7 hingga 12 Jun 2015)



    Wednesday, 8 April 2015

    Teks Ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Sempena Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan & Padang MSSK Kali ke-56 Tahun 2015


    Assalamuaikum WBT,
    Selamat Sejahtera; dan
    Salam 1Malaysia.

    • Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanu Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul di Stadium Darulaman, Alor Setar pada petang yang penuh ceria ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK), Kali ke-56 Tahun 2015.

    • Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang mewakili kontinjen Majlis Sukan Sekolah Daerah dari seluruh negeri Kedah yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. 

    • Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada MSSK yang bersungguh-sungguh menjayakan kejohanan ini. Walaupun kejohanan berlangsung pada hari persekolahan, namun komitmen para pegawai dan guru-guru amat luar biasa. 

    • Sesungguhnya, kejohanan kali ini telah memberi peluang terbaik kepada semua peserta, guru-guru dan pihak pengurusan untuk mempamerkan keupayaan dan kemampuan sebenar dalam usaha meraih gelaran di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti di negeri Melaka.

    Hadirin sekalian,

    • Kejohanan sukan merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan pelajar sekolah.

    • Budaya sukan dalam kalangan pelajar adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa.

    • Transformasi dalam pendidikan merangkumi semua aspek bertujuan meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar. 

    • Hal ini bertujuan untuk melihat pelajar yang mempunyai kebolehan yang menyeluruh selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas bukan sahaja berkualiti dari segi nilai hidup tetapi kompetetif, kreatif dan inovatif.

    Hadirin sekalian,

    • Dengan moto kejohanan pada tahun ini, “Bersama Menjulang Emas”, ia amat bertepatan dengan hasrat kita untuk berusaha bersama-sama menyumbang pingat emas bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan balapan dan padang MSSK. 

    • Melalui moto ini kita akan menggembleng idea, usaha dan tenaga bagaimana untuk bergelar juara. 

    • Bermula dari detik ini, semua pihak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih pingat emas. Justeru, satu pelan tindakan yang konkrit perlu direncanakan segera dalam usaha ke arah menggapai impian emas. 

    • Saya percaya, jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan untuk menuai 10 butir pingat emas yang kita hajati adalah bukan sesuatu yang mustahil. 

    • Seandainya setiap daerah dapat menyumbang sekurang-kurangnya sebutir emas, MSSK sudah mampu untuk memiliki lapan butir pingat emas, ditambah pula dengan sumbangan daripada Sekolah Sukan Negeri yang diharapkan dapat menyumbang sekurang-kurangnya dua butir pingat emas sekali gus mencapai sasaran 10 butir pingat emas di kejohanan balapan dan padang MSSM 2015 nanti.

    Tuan-tuan, puan-puan dan para atlet sekalian,

    • Pada petang yang berbahagia ini, saya dengan berbesar hati mengumumkan beberapa insentif khas bagi melonjakkan lagi semangat dan pencapaian para atlet sepanjang kejohanan balapan dan padang MSSK ini berlangsung selain pencapaian di peringkat MSSM. 

    • Bagi kejohanan balapan dan padang MSSK kali ini: 

    1. johan keseluruhan akan menerima wang tunai berjumlah tujuh ribu ringgit (RM7,000)
    2. naib johan sebanyak lima ribu ringgit (RM5,000)
    3. ketiga, tiga ribu ringgit (RM 3,000)
    4. dan sagu hati akan menerima satu ribu ringgit (RM1,000)


    • Bagi kejohanan balapan dan padang MSSM pula:
    1. setiap atlet yang menyumbang pingat emas bagi acara individu akan menerima insentif sebanyak tiga ratus ringgit (RM300)
    2. pingat perak menerima insentif sebanyak dua ratus ringgit (RM200)
    3. dan penyumbang pingat gangsa pula akan menerima insentif sebanyak satu ratus ringgit (RM100)

    • Bagi acara berganti-berganti pula JPN Kedah melalui MSSK telah bersetuju untuk:
    1. memberi ganjaran sebanyak sembilan ratus ringgit (RM900) bagi para penyumbang pingat emas
    2. enam ratus ringgit (RM600) bagi pingat perak
    3. dan tiga ratus ringgit (RM300) bagi kuartet yang berjaya memperoleh pingat gangsa

    • Di peringkat MSSM:

    1. semua pegawai jurulatih dan atlet yang bertanding akan diberi perlindungan insurans tambahan sepanjang tempoh latihan pusat, kejohanan dan sehingga selesai kejohanan
    2. selain itu, atlet yang berjaya memecahkan rekod temasya balapan dan padang MSSM 2015 akan menerima insentif tambahan sebanyak dua ratus ringgit (RM200).
    • Manakala atlet yang berjaya mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi sukan ini juga layak untuk diberi insentif sebanyak tujuh ratus ringgit (RM700).

    • Semua bayaran insentif ini adalah sebagai satu suntikan semangat kepada para atlet balapan dan padang MSS Kedah untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa depan.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

    • Penganjuran kejohanan yang sebegini besar memerlukan kolaboratif antara pihak pendukung program dengan pihak penyokong program untuk mengantarabangsakan kejohanan. 

    • Oleh itu saya mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kejohanan balapan dan padang MSSK pada tahun ini. 

    • Dalam sesuatu penganjuran, kejayaan mengelola merupakan salah satu aspek yang amat penting, tetapi yang lebih penting ialah hasil yang diperoleh daripada kejohanan ini mampu membawa cabaran MSSK di kejohanan MSSM di Melaka nanti.  

    • Untuk itu saya ingin menyeru semua pihak agar lebih peka terhadap penyertaan kita nanti. Penyertaan bukan lagi sekadar pendedahan tetapi lebih kepada memenangi pingat dan seterusnya muncul sebagai johan kejohanan itu nanti.

    • Kepada semua PPD saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas usaha tuan-tuan menghasilkan atlet yang berpotensi untuk bertanding di kejohanan ini. 

    • Yang akan muncul sebagai johan keseluruhan, tahniah dan syabas diucapkan dan yang menangguhkan kejayaan, program-program pembangunan harus lebih mantap diusahakan.



    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


    Dengan kalimah suci 'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM', saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Kedah Kali ke-56 Tahun 2015.


    Sekian, terima kasih.

    Friday, 3 April 2015

    Kejohanan Balapan & Padang MSSK 2015

    • Majlis perasmian pembukaan: 8 April 2015 (Rabu) jam 3.30 petang disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajah Azuyah binti Hassan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
    • Majlis perasmian penutupan: 11 April 2015 (Sabtu) jam 4.00 petang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Jamil Md Noh, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

    "BERSAMA MENJULANG EMAS"

    Wednesday, 1 April 2015

    'Happy Birthday' En. Lazit

    Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Ketua Unit Sukan, En. Lazit bin Ahmad yang jatuh pada hari ini, Rabu, 1 April 2015.

    Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

    En. Lazit bin Ahmad, Ketua Unit Sukan