Thursday 29 September 2016

Pertukaran Pegawai Sukan PPD Padang Terap


Berkuat kuasa mulai 16 September 2016 yang lalu, pihak pentadbiran PPD Padang Terap telah membuat lantikan baharu di Unit Pembangunan Kemanusiaan bagi jawatan Penyelia Sukan.

Ini berikutan Encik Mohd Zamri bin Abdullah telah bertukar jawatan selaku Penyelia Hal Ehwal Murid sejak bulan Ogos yang lalu.

Kekosongan jawatan Penyelia Sukan pula kini telah diisi oleh Encik Aziyusnizam bin Abd Aziz, guru Penolong Kanan Kokurikulum dari Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah, Kuala Nerang.

Tahniah dan selamat bertugas!