Friday 12 December 2014

Taklimat & Bengkel Pembangunan Sukan untuk Jurulatih Sukan Negeri Kedah 2014

TARIKH   : 8 hingga 10 Disember 2014
TEMPAT  : Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis, Perlis
PESERTA : PTPS MSSK dan Penyelia Sukan PPD Kedah

Program yang melibatkan Pegawai Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) serta Penyelia-penyelia Sukan dari PPD seluruh negeri Kedah ini diadakan bertujuan untuk:
  • memurnikan semula takwim kejohanan sukan MSSK tahun 2015
  • menetapkan jumlah perbelanjaan untuk menguruskan kontinjen MSSK bagi kesemua 24 jenis sukan yang akan dipertandingkan di peringkat MSSM



Thursday 11 December 2014

Taklimat & Bengkel Fisioterapi untuk Pegawai Sukan Peringkat Negeri Kedah 2014

TARIKH   : 7 hingga 9 Disember 2014
TEMPAT  : Langkawi Seaview Hotel, Langkawi
PESERTA : 23 orang jurulatih sukan sekolah-sekolah dari seluruh negeri Kedah

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada jurulatih-jurulatih sukan berkaitan proses rawatan dan pemulihan asas terhadap kecederan-kecederaan yang berlaku ke atas atlet ketika bersukan.

Antara individu yang dijemput sebagai fasilitator dan penceramah bagi program ini ialah dua orang bekas pegawai Unit Sukan JPN Kedah, En. Mokhtar Mohamad serta Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), En. Amran Zakaria.




Monday 1 December 2014

Ketua Unit Sukan kini di Marikina City, Filipina


Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En. Lazit Ahmad (dua dari kanan) kini sedang berada di Marikina City, Filipina menyertai kontinjen Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Kali ke-6 (6th ASEAN Schools Games) 2014 atau lebih dikenali dengan singkatan 'ASG' yang berlangsung dari 29 November hingga 7 Disember 2014.


Dengan Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kali ke-56 pada 2 hingga 7 Mei 2014 yang lalu, En. Lazit secara automatik menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan balapan dan padang MSSM.

Wakil dari negeri Kedah lain yang turut menyertai En. Lazit ke Marikina City:

Jurulatih:

  • En. Mohd Zoher Ideris (SMK Darulaman Height, Jitra) - Balapan dan Padang
  • En. Mazlan Abdullah (Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar) - Akuatik
  • Pn. Teoh Bee Chai - (SJK (C) Keat Hwa (S), Alor Setar) - Ping Pong

Atlet:

  • Teoh Kim Chyi (SMK Aman Jaya, Sungai Petani) - Balapan dan Padang
  • Mohd Azreen Noor Azam (SMK Taman Hi Tech, Kulim) - Golf

Selamat Maju Jaya Team Malaysia at ASEAN Schools Games!!

Maklumat lanjut kejohanan:
atau

'Happy Birthday' Pn. Shabinar

Pn. Shabinar binti Abd Halim, Penyelia Sukan
Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Penyelia Sukan, Pn. Shabinar binti Abd Halim yang jatuh pada hari ini, Ahad, 30 November 2014.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.