Thursday 19 February 2015

'Happy Birthday' Cikgu Bad

Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Penyelia Sukan, En. Badrul Hisham bin Mohd Ridhwan atau lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Cikgu Bad' yang jatuh pada hari ini, Khamis, 19 Februari 2015.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

En. Badrul Hisham Mohd Ridhwan, Penyelia Sukan

Monday 9 February 2015

Kejohanan Merentas Desa MSSK 2015


 TARIKH: 14 Februari 2015 (Sabtu)
 TEMPAT: SMK Taman Hi-Tech & SK Taman Hi-Tech
 MASA: Pelepasan pertama jam 8.30 pagi oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Kejohanan ini juga akan diserikan lagi dengan majlis pelancaran 'Takwim Kejohanan MSSK 2015' oleh YBhg. Datin Hajah Azuyah Hassan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.

Wednesday 4 February 2015

YAB Dato' Seri Menteri Besar Iktiraf Sumbangan JPN Kedah

Isnin lalu telah berlangsung Majlis Penyampaian Ganjaran Sukan Malaysia (SUKMA) XVII 2014 dan Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Serta Perjumpaan dengan Ikon/Penggiat Juga Guru-guru Sukan Negeri Kedah Darul Aman yang disampaikan dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah, Tn. Haji Halim Mansor, pegawai-pegawai sektor serta pegawai-pegawai dari Unit Sukan sendiri.


Ketika berucap pada majlis tersebut, Dato' Seri Haji Mukhriz secara terbuka mengiktiraf sumbangan guru-guru sukan yang menjadi tulang belakang kegiatan pencarian serta pengembangan bakat sukan negeri Kedah, terutamanya di peringkat akar umbi. 

Dalam ucapannya juga, Dato' Seri Haji Mukhriz turut mengumumkan 'Pelan Transformasi Sukan' yang digariskan oleh pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah dengan tujuh teras di mana ianya dilihat dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan sukan negeri Jelapang Padi.

Salah satu daripada tujuh anjakan 'Transformasi Sukan Negeri Kedah' tersebut ialah menjalinkan persefahaman pintar melalui “Memorandum of Understanding (MoU)” dengan JPN dan IPT di Kedah dengan matlamat MSN akan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian demi meneruskan kelangsungan pembangunan sukan di peringkat tunas dan remaja dalam lingkungan usia tujuh hingga 21 tahun. Ini termasuklah usaha memperkasakan Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan mewujudkan Sekolah Tunas Sukan di daerah-daerah yang strategik. Kerajaan Negeri melalui MSN akan membantu JPN dan SSN ini di bidang-bidang yang sesuai demi kepentingan bersama.

Antara intipati lain dalam ucapan YAB Menteri Besar yang turut mengaitkan sumbangan JPN Kedah ialah:
  • Kerajaan Negeri turut berharap agar “Golden Triangle” iaitu Segitiga Emas dapat dibentuk antara JPN, MSN dan persatuan sukan negeri. Hal ini kerana, tanpa kerjasama erat antara ketiga-tiga entiti penting ini, kecemerlangan sukan tidak akan terhasil. Kerajaan Negeri Kedah sedar bahawa JPN mempunyai aset modal insan baik dari segi atlet mahupun kepegawaian yang besar. Semua tunas bakat sukan disemai dari seawal 7 tahun hingga 17 tahun di sekolah
  • Kejohanan MSSD, MSSK dan MSSM merupakan arena awal bagi melahirkan bakal-bakal wira sukan negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Tanpa kerjasama dari JPN untuk mendapatkan atlet serta jurulatih tunas dan bakat sukan di sekolah, MSN seperti memancing ikan di padang pasir yang kering kontang. Atlet yang dikesan bakat mereka seterusnya akan dikembangkan lagi menerusi program remaja dan belia khususnya melalui penglibatan di SUKMA sehingga mencapai usia 21 tahun. Dan kemuncak kerjaya atlit berkenaan berada di tangan persatuan-persatuan negeri dan negara yang mengendalikan pasukan senior di kejohanan kebangsaan dan antarabangsa

Teks ucapan penuh Dato' Seri Haji Mukhriz di Majlis Penyampaian Ganjaran Sukan Malaysia (SUKMA) XVII 2014 dan Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Serta Perjumpaan dengan Ikon/Penggiat Juga Guru-guru Sukan Negeri Kedah Darul Aman: