Thursday 31 March 2016

Tahniah Penerima Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2015


Yang Berbahagia Dato' Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Unit Sukan JPN Kedah serta seluruh penggerak Majlis Sukan Sekolah Sukan Kedah (MSSK) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2015 yang telah berlangsung pada 29 Mac 2016 lalu bertempat di Pullman Putrajaya Lakeside.

Berikut adalah pencapaian serta sumbangan yang telah ditempa oleh ketiga-tiga penerima anugerah:


MUHAMMAD FAUZI BIN KAMAN SHAH - Anugerah Putera

Singapore NSC Cup Series
Pencapaian: Tempat ke-11 (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 9 hingga 11 Januari 2015
Tempat: Singapura

Mussanah Race Week
Pencapaian: Tempat ke-3 (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 18 hingga 24 Januari 2015
Tempat: Al Mussanah Sports City, Oman

ASAF Youth Sailing Cup Final
Pencapaian: Pingat Emas (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 07 hingga 11 April 2015
Tempat: Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu

Sukan SEA ke-28 2015
Pencapaian: Pingat Emas (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 30 Mei hingga 16 Jun 2015
Tempat: Singapura

KFC/NSC Langkawi International Regatta Perdana 2015
Pencapaian: Tempat ke-3 (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 11 hingga 15 Februari 2015
Tempat: Langkawi

Perlis Open Regatta 2015
Pencapaian: Johan (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 27 hingga 29 Mac 2015
Tempat: Perlis

Perak Open Regatta 2015
Pencapaian: Johan (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 17 hingga 19 April 2015
Tempat: Perak

KFC-FELDA Johor Open Regatta 2015 (Program Kita Juara)
Pencapaian: Johan (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 17 hingga 20 September 2015
Tempat: Johor

KFC–MSA–MILO–NSC NATIONAL Open Championship 2015
Pencapaian: Johan (Optimis Keseluruhan)
Tarikh: 16 hingga 20 Disember 2015
Tempat: Langkawi



AIRA BINTI AZMAN - Anugerah Tunas Harapan (Puteri)

PBA 13th Penang Malaysian Junior Open 2015
Pencapaian: Johan Bawah 11 Tahun
Tarikh: 1 hingga 6 Jun 2015
Tempat: Pulau Pinang, Malaysia

HEAD Hong Kong Junior Squash Open 2015
Pencapaian: Johan Bawah 11 Tahun
Tarikh: 12 hingga 16 Ogos 2015
Tempat: Hong Kong

Indian Junior Open 2015
Pencapaian: Johan Bawah 11 Tahun
Tarikh: 26 hingga 30 September 2016
Tempat: Rajasthan, India

Pontefract Junior Open 2015
Pencapaian: Johan Bawah 13 Tahun
Tarikh: 27 hingga 29 Disember 2015
Tempat: Yorkshire, England

10th National Junior Championships 2015
Pencapaian: Johan
Tarikh: 11 hingga 15 Februari 2015
Tempat: Kuala Lumpur

10th CIMB Rising Stars National Junior Circuit 1st Leg 2015
Pencapaian: Johan
Tarikh: 26 Februari hingga 1 Mac 2015
Tempat: Kuala Lumpur

10th CIMB Rising Stars National Junior Circuit 2nd Leg 2015
Pencapaian: Johan
Tarikh: 9 hingga 12 April 2015
Tempat: Kuala Lumpur

10th CIMB Rising Stars National Junior Circuit 3rd Leg 2015
Pencapaian: Johan
Tarikh: 14 hingga 17 Mei 2015
Tempat: Kuala Lumpur

23rd Sportexcel National Junior Circuit 2015 (1st Leg)
Pencapaian: Johan
Tarikh: 11 hingga 13 September 2015
Tempat: Bukit Jalil, Kuala Lumpur

23rd Sportexcel National Junior Circuit 2015 (2nd Leg)
Pencapaian: Johan
Tarikh: 9 hingga 11 Oktober 2015
Tempat: Bukit Jalil, Kuala Lumpur

23rd Sportexcel National Junior Circuit 2015 (Grand Final)
Pencapaian: Johan
Tarikh: 13 hingga 15 November 2015
Tempat: Bukit Jalil, Kuala Lumpur


ENCIK TAN TIANG SONG - Anugerah Guru Sukan Berjasa (Lelaki)

Jurulatih:
  • 4th Asian Schools Table Tennis Championships - 2013 (Indonesia)
  • SEA Juniors Table Tennis Championships - 2003 (Filipina), 2005 (Brunei), 2006 (Thailand), 2007 (Laos), 2009 (Thailand), 
  • Asian Juniors Table Tennis Championships - 1997 (India), 2003 (India), 2008 (Singapura)
  • Kejohanan Ping Pong MSSM - 1990 hingga 1999, 2014 hingga 2014
  • Sukan Malaysia (SUKMA) - 1996 (Pahang), 2000 (Pulau Pinang), 2002 (Sabah), 2004 (Negeri Sembilan), 2006 (Kedah), 2008 (Terengganu), 2010 (Melaka), 2011 (Kuala Lumpur), 2013 (Kuala Lumpur) 
Instruktor
  • Kursus Kejurulatihan Ping Pong Tahap 1 Anjuran MSSM dan Persatuan Ping Pong Malaysia - 2004 hingga 2007
Anugerah
  • Anugerah Jurulatih Sukarela Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia - 1997
  • Anugerah Jurulatih Terbaik Negeri Kedah, Majlis Sukan Negeri Kedah - 2002
  • Anugerah Khas Kokurikulum di Dalam Bidang Sukan dan Permainan 1994, JPN Kedah - 1994
  • Anugerah Guru Berjasa Lelaki, Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan JPN Kedah-MSSK - 2013

Tuesday 29 March 2016

Berita Harian: 13 Terima Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan

ANUGERAH Putera menjadi milik atlet sukan
pelayaran, Muhammad Fauzi Kaman Shah dari
SMK Kelibang, Langkawi. - Foto Owee Ah Chun

PUTRAJAYA: Seramai 13 individu merangkumi atlet, jurulatih dan guru menerima anugerah pada Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan - Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) - MILO 2015, di sini, hari ini.

Anugerah Putera menjadi milik atlet sukan pelayaran, Muhammad Fauzi Kaman Shah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelibang, Langkawi manakala atlet badminton, Goh Jin Wei dari SMK Seri Hartamas, Kuala Lumpur bagi Anugerah Puteri.

Atlet skuasy, Ng Eain Yow dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pula menerima Anugerah Emas.

Anugerah Tunas Harapan Putera dan Puteri masing-masing menjadi milik atlet skuasy, Muhammad Amir Amirul Azhar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garong 2, Kota Bahru dan Aira Azman dari SK Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

Anugerah Khas Putera dan Puteri masing-masing dimenangi oleh atlet wushu dari SSBJ, Tan Cheong Wan serta Nur Atikah Mahammad Sobri.

Abdul Latif Romly dari SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis serta Felicia Mikat dari SMK Badin Tuaran, Sabah, kedua-duanya dari sukan balapan dan padang pula menerima Anugerah Pendidikan Khas Putera dan Puteri.

Anugerah Jurulatih Sukan Cemerlang milik Zainal Abas dari SSBJ untuk sukan balapan dan padang. Anugerah Guru Sukan Berjasa Lelaki milik jurulatih ping pong, Tan Tiang Song (SJKC Sin Min A, Sungai Petani, Kedah manakala Noor Hudah Jamal dari sukan balapan dan padang (Jabatan Pendidikan Negeri Johor).

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pula diberikan kepada bekas Pengarah Bahagian Sukan, Datuk Ee Hong manakala Anugerah Juara MSMM 2015 dimenangi Majlis Sukan Sekolah Negeri Selangor. Semua anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Chong Sin Woon.

Wednesday 23 March 2016

Sekilas Kejohanan Bola Baling MSSM 2016 Kedah

Antara detik-detik yang sempat dirakam dari lensa urus setia dan jawatankuasa sepanjang berlangsungnya kejohanan

Posted by Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah on Saturday, April 2, 2016