Wednesday, 26 November 2014

Pembentangan Data i-KePS Negeri Kedah 2014

Isnin, 25 November 2014, satu sesi pembentangan Data i-KePS (Instrumen Kemudahan Prasarana Sukan dan Program Sukan Sekolah) negeri Kedah bagi tahun 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPN Kedah cawangan Wisma Persekutuan Alor Setar.

Pembentangan dibuat oleh Pentadbir Instrumen (PI) i-KePS negeri, En. Saridan Abd Hamid yang juga merupakan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Mergong di hadapan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah, Tn. Haji Halim Mansor serta pegawai-pegawai Unit Sukan sendiri sebelum data-data tersebut dibentangkan di peringkat kebangsaan bermula 26 November 2014 di Melaka.


Thursday, 20 November 2014

Kejohanan Liga Bolasepak Pusat Latihan Daerah (PLD) Zon Utara / Sirkit 1

Kedah tuan rumah pertama Kejohanan Bolasepak PLD Zon Utara
TARIKH: 26 & 27 November 2014
VENUE: Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah

PLD TERLIBAT:

Kedah:
● SMK Mergong
● SMK Kuala Nerang
● SMK Khir Johari
● SMK Tunku Putra

Perlis:
● SMK Dato' Jaafar Hassan
● SMK Syed Alwi
● SMK Syed Sirajuddin

Pulau Pinang:
● SMK Guar Perahu
● SMK Telok Kumbar
● SMK Permatang Tok Jaya

Wednesday, 19 November 2014

18 November - 'Happy Birthday' Cikgu Remy

En. Raimy Shahar bin Radzi, Penyelia Kanan Sukan
Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Penyelia Kanan Sukan, En. Raimy Shahar bin Radzi yang jatuh pada hari ini, 18 November.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Monday, 17 November 2014