Thursday, 29 September 2016

Pertukaran Pegawai Sukan PPD Padang Terap


Berkuat kuasa mulai 16 September 2016 yang lalu, pihak pentadbiran PPD Padang Terap telah membuat lantikan baharu di Unit Pembangunan Kemanusiaan bagi jawatan Penyelia Sukan.

Ini berikutan Encik Mohd Zamri bin Abdullah telah bertukar jawatan selaku Penyelia Hal Ehwal Murid sejak bulan Ogos yang lalu.

Kekosongan jawatan Penyelia Sukan pula kini telah diisi oleh Encik Aziyusnizam bin Abd Aziz, guru Penolong Kanan Kokurikulum dari Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah, Kuala Nerang.

Tahniah dan selamat bertugas!

Sunday, 10 April 2016

Selamat Datang Tuan Haji Mohamed Rafed

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah yang baharu dilantik, Tuan Haji Mohamed Rafed Haji Ismail hari...

Posted by Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah on Sunday, April 10, 2016

Monday, 4 April 2016

Haji Mohamed Rafed bin Haji Ismail, Ketua Sektor Pengursan Pembangunan Kemanusiaan

Tuan Haji Mohamed Rafed Ketua Sektor SPPK yang Baharu


'SIRIH PULANG KE GAGANG'Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap, Tuan Haji Mohamed Rafed bin Haji Ismail telah dilantik...

Saturday, 2 April 2016

Kejohanan Balapan & Padang MSSK 2016: Prosedur bagi Menghadapi Fenomena El Nino dan Gelombang Haba

Program Prakejohanan Balapan & Padang MSSK Kali ke-57


Antara program yang berlangsung sebelum arena dibuka pada 3 April 2016 adalah:● Taklimat Pegawai Pertandingan●...