Friday, 6 March 2015

Kejohanan MSSM 2015 Penggal I

Kejohanan MSSM tahun 2015 penggal satu akan berlangsung mulai 7 hingga 20 Mac 2015 yang dikelolakan oleh empat Majlis Sukan Sekolah Negeri dengan melibatkan 10 jenis sukan:


MSS Pahang 
  • Merentas Desa (7 Mac 2015)


MSS Selangor
  • Akuatik (15 – 19 Mac 2015)
  • Sepak Takraw (15 – 19 Mac 2015)
  • Badminton (15 – 20 Mac 2015)
  • Ragbi (15 – 20 Mac 2015)


MSS WP Kuala Lumpur
  • Ping Pong (15 – 20 Mac 2015)
  • Bola Keranjang (15 – 20 Mac 2015)
  • Boling Tenpin (15 – 20 Mac 2015)
  • Gimnastik Berirama (17 – 20 Mac)


MSS WP Putrajaya
  • Skuasy (15 – 20 Mac 2015)

Thursday, 19 February 2015

'Happy Birthday' Cikgu Bad

Unit Sukan JPN Kedah mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat Penyelia Sukan, En. Badrul Hisham bin Mohd Ridhwan atau lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Cikgu Bad' yang jatuh pada hari ini, Khamis, 19 Februari 2015.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

En. Badrul Hisham Mohd Ridhwan, Penyelia Sukan

Monday, 9 February 2015

Kejohanan Merentas Desa MSSK 2015


 TARIKH: 14 Februari 2015 (Sabtu)
 TEMPAT: SMK Taman Hi-Tech & SK Taman Hi-Tech
 MASA: Pelepasan pertama jam 8.30 pagi oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Kejohanan ini juga akan diserikan lagi dengan majlis pelancaran 'Takwim Kejohanan MSSK 2015' oleh YBhg. Datin Hajah Azuyah Hassan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.