Thursday 6 August 2015

Pertukaran Pegawai Sukan PPD Baling Sik

Berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015 yang lalu, pihak pentadbiran PPD Baling Sik telah membuat lantikan baharu di Unit Pembangunan Kemanusiaan bagi jawatan Penyelia Kanan Sukan dan Penyelia Sukan.

Penyelia Kanan Sukan, En. Ahmad Yousob Mat kini menjawat jawatan selaku Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid menggantikan En. Ismail Darani.

Manakala Penyelia Sukan, En. Yang Rashidi Abu Bakar telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penyelia Kanan Sukan bagi menggantikan tempat En. Ahmad Yousob.

Kekosongan jawatan Penyelia Sukan pula kini telah diisi oleh En. Azlan Yahaya, guru Penolong Kanan Pentadbiran dari Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling.

Tahniah dan selamat bertugas!


No comments:

Post a Comment