Tuesday 5 January 2016

Takwim Kejohanan MSSM 2016 - MSSK Kelola Bola Baling dan Ragbi


JPN Kedah melalui MSSK bakal mengelolakan dua jenis sukan MSSM bagi sesi persekolahan 2016 selepas surat siaran rasmi berkaitan takwim kejohanan MSSM bertarikh 29 Disember 2015 diedarkan oleh Bahagian Sukan KPM kepada semua negeri.

Dua jenis sukan berkenaan adalah bola baling yang kembali semula ke Kedah selepas kali terakhir penganjurannya tiga tahun yang lalu serta sukan ragbi. Bola baling bakal dilangsungkan pada cuti pertengahan penggal pertama persekolahan iaitu dari 13 hingga 18 Mac 2016. Manakala ragbi yang kali terakhir singgah di Bumi Jelapang Padi 15 tahun yang lalu pula akan diadakan dari 21 hingga 26 Ogos 2016.

Pada tahun ini, sedikit perubahan terpaksa dilakukan oleh Bahagian Sukan KPM dan MSSM setelah cuti pertengahan tahun 2016 bertembung dengan bulan Ramadan. Ekoran daripada hal berkenaan, beberapa kejohanan peringkat negeri (MSSK) akan dianjakkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment