Sunday, 7 June 2015

Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Sempena Kejohanan MSSM 2015 Kedah


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia
dan Salam Kedah Aman Makmur, Bersama Menjana Transformasi

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan hidayahNya, saya diberi kesempatan untuk merakamkan kata alu-aluan di dalam buku program sempena Kejohanan Bola Sepak, Kriket dan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Malaysia di negeri Kedah ini. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penghormatan yang diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk mengelola kejohanan bola sepak, kriket dan bola jaring.

Kesempatan ini, saya mengucapkan selamat datang ke negeri Kedah Darul Aman dan selamat bertanding kepada semua pegawai, jurulatih dan peserta ke Kejohanan Bola Sepak, Kriket dan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Malaysia Kedah 2015.

Sukan merupakan satu wadah ke arah pemupukkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Melalui sukan juga nilai-nilai murni yang dipelajari dapat dipraktikkan dan melalui sukan juga jurang integrasi kaum dapat dirapatkan. Sesungguhnya melalui sukan juga perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dijana berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara selaras dengan gelombang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Pegawai, jurulatih dan peserta yang bertanding diingatkan agar sentiasa mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi. Kemenangan bukanlah segalanya tetapi bagaimana kita memperoleh kejayaan itu amat penting. Jangan kerana terlampau mengejar kejayaan kita lupa akan nilai-nilai kesukanan dan jangan pula kita korbankan perpaduan yang ada demi satu kejayaan.

Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Sepak, Kriket dan Bola Jaring yang telah bekerjasama dalam memastikan kejayaan pengelolaan yang cemerlang.

"Sukan Memupuk Pencapaian 1Malaysia"

Sekian, terima kasih.

DATIN HAJAH AZUYAH BINTI HASSAN, SDK., AMK.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

*Dipetik daripada buku program Kejohanan Bola Sepak, Kriket dan Bola Jaring MSSM 2015

Saturday, 6 June 2015

Selamat Datang & Selamat Bertanding!

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Majlis Sukan Sekolah Kedah mengucapkan "SELAMAT DATANG" dan mengalu-alukan kehadiran semua pegawai dan atlet ke Kejohanan Bola Jaring, Bola Sepak dan Kriket MSSM 2015 khususnya dan ke negeri Kedah amnya. 

Selamat berjuang dan selamat bertanding!

Friday, 5 June 2015

Kejohanan MSSM Penggal Kedua 2015 (Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2015)

Berikut dimaklumkan tarikh-tarikh Kejohanan MSSM tahun 2015 penggal kedua yang melibatkan 13 jenis sukan:


1) Bola Jaring (7 - 10 Jun 2015) - Kedah
  • SM Sains Kubang Pasu, Jitra
  • SJK (C) Pei Min, Kodiang
  • D'Futsal Centre, Alor Setar

2) Bola Sepak (7 - 12 Jun 2015) - Kedah
  • SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar
  • SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar
  • SMK Dato' Wan Mohd Saman, Alor Setar
  • SMK Hutan Kampong, Alor Setar
  • SMK Mergong, Alor Setar
  • Stadium Mini Jitra, Jitra
  • SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra
  • SMK Pulau Nyior, Jitra
  • SMK Tanjung Pauh, Jitra
  • SK Haji Mohd Shariff, Alor Setar
  • SJK (T) Barathy, Alor Setar
  • SK Bukit Tinggi, Kepala Batas
  • SK Jitra 2, Jitra
  • SK Bandar Baru Darulaman, Jitra

3) Kriket (7 - 12 Jun 2015) - Kedah
  • SMK Ibrahim, Sungai Petani
  • SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani
  • SMK Sungai Layar, Sungai Petani
  • Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Sungai Petani
  • Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Sungai Petani
  • SK Sungai Layar, Sungai Petani

4) Golf (7 - 10 Jun 2015) - Pulau Pinang
  • Bukit Jawi Golf Resort, Seberang Perai Selatan

5) Bola Baling (7 - 12 Jun 2015) - Pulau Pinang
  • Safira-Sports Planet, Seberang Jaya
  • Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal, Kepala Batas

6) Catur (8 - 12 Jun 2015) - Pulau Pinang
  • SJK (C) Shang Wu, Georgetown, Pulau Pinang

7) Tenis (7 - 11 Jun 2015) - Perak
  • Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, Ipoh
  • Jabatan Belia & Sukan, Ipoh
  • YMCA Ipoh, Ipoh
  • Tenby Schools Ipoh, Ipoh
  • Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar
  • Maktab Rendah Sains MARA Parit, Parit

8) Memanah (7 - 11 Jun 2015) - Perak
  • Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan

9) Sofbol (7 - 11 Jun 2015) - Negeri Sembilan
  • SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
  • SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban

10) Bola Tampar (7 - 12 Jun 2015) - Negeri Sembilan
  • Centre Court, Paroi

11) Perahu Layar (7 - 12 Jun 2015) - Negeri Sembilan
  • Pusat Kecemerlangan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan Bagan Pinang, Port Dickson

12) Gimnastik Artistik (7 - 11 Jun 2015) - Pahang
  • Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang

13) Hoki (7 - 12 Jun 2015) - Pahang
  • Stadium Hoki Wisma Belia Kuantan, Kuantan
  • Gelanggang Hoki SUKPA, Kuantan


Takwim Kejohanan MSSM Penggal Kedua 2015