Monday 1 December 2014

Ketua Unit Sukan kini di Marikina City, Filipina


Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En. Lazit Ahmad (dua dari kanan) kini sedang berada di Marikina City, Filipina menyertai kontinjen Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Kali ke-6 (6th ASEAN Schools Games) 2014 atau lebih dikenali dengan singkatan 'ASG' yang berlangsung dari 29 November hingga 7 Disember 2014.


Dengan Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kali ke-56 pada 2 hingga 7 Mei 2014 yang lalu, En. Lazit secara automatik menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan balapan dan padang MSSM.

Wakil dari negeri Kedah lain yang turut menyertai En. Lazit ke Marikina City:

Jurulatih:

  • En. Mohd Zoher Ideris (SMK Darulaman Height, Jitra) - Balapan dan Padang
  • En. Mazlan Abdullah (Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar) - Akuatik
  • Pn. Teoh Bee Chai - (SJK (C) Keat Hwa (S), Alor Setar) - Ping Pong

Atlet:

  • Teoh Kim Chyi (SMK Aman Jaya, Sungai Petani) - Balapan dan Padang
  • Mohd Azreen Noor Azam (SMK Taman Hi Tech, Kulim) - Golf

Selamat Maju Jaya Team Malaysia at ASEAN Schools Games!!

Maklumat lanjut kejohanan:
atau

No comments:

Post a Comment