Thursday 11 December 2014

Taklimat & Bengkel Fisioterapi untuk Pegawai Sukan Peringkat Negeri Kedah 2014

TARIKH   : 7 hingga 9 Disember 2014
TEMPAT  : Langkawi Seaview Hotel, Langkawi
PESERTA : 23 orang jurulatih sukan sekolah-sekolah dari seluruh negeri Kedah

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada jurulatih-jurulatih sukan berkaitan proses rawatan dan pemulihan asas terhadap kecederan-kecederaan yang berlaku ke atas atlet ketika bersukan.

Antara individu yang dijemput sebagai fasilitator dan penceramah bagi program ini ialah dua orang bekas pegawai Unit Sukan JPN Kedah, En. Mokhtar Mohamad serta Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), En. Amran Zakaria.




No comments:

Post a Comment